Friday, October 29, 2010

Ketakutan Yang Melampau


PAS nasihatkan UMNO lupakan cerita lama.


Kempen agresif yang dilakukan oleh petugas-petugas BN di Galas telah memberikan tekanan yang hebat kepada kem PAS. Dikala PAS dan Pakatan memilih untuk memainkan isu nasional di setiap ceramah-ceramah mereka, jentera UMNO/BN pula lebih menumpukan kepada isu-isu setempat yang lebih fokus kepada permasalahan masyarakat sekitar.

Dari segi perang poster, nyata PAS dan pakatan tak mampu menyaingi idea kreatif yang dihasilkan oleh jentera Gerak Saraf UMNO/BN.

Billboard serta kain rentang yang dibuat oleh kem BN nyata memberikan impak besar kepada moral pengundi serta masyarakat sekitar DUN Galas ini. Ini diakui sendiri oleh beberapa penduduk kampung yang kurang tahu mengenai isu-isu agama yang dilacurkan oleh PAS di luar dari Kelantan.

PAS yang tertekan dengan pendedahan demi pendedahan tembelang mereka di Galas ini telah mengibarkan bendera putih awal-awal lagi melalui Pengarah Pilihanraya mereka Abdul Fatah Harun.

Pemimpin PAS ini telah meminta “jasa baik” UMNO supaya melupakan cerita lama yang berlaku terutamanya yang membabitkan hubungan PAS dan DAP.

Didalam kenyataannya yang disiarkan oleh portal pembangkang MalaysianInsider, Abdul Fatah merayu supaya cerita-cerita lama ini tak payahlah diungkit semula.

“Itu cerita lama, buat apa nak bangkitkan perkara lama. Kalau nak bangkitkan juga susahlah.- MI

Kenyataan Pengarah Pilihanraya Kelantan bukan saja amat memalukan, tetapi dia telah menunjukkan betapa dangkalnya pemikiran pemimpin PAS. Abdul Fatah mahu UMNO lupakan cerita lama, tetapi dia sendiri lupa bahawa dendam lama Nik Aziz yang telah menghancurkan perpaduan diantara UMNO dan PAS.

Bukankah disebabkan cerita lama diantara Nik Aziz dan UMNO lah yang menyebabkan umat islam didalam negara ini huru hara dan bersengketa satu sama lain? Dan kerana cerita dendam lama Nik Aziz inilah juga, berapa ramai ahli UMNO dikafirkan dari dulu hingga kini.

Sepatutnya Abdul Fatah menasihatkan Nik Aziz terlebih dulu supaya melupakan sengketa lamanya dengan UMNO. Selepas itu barulah Abdul Fatah boleh meminta UMNO melupakan cerita lama tentang hubungan “sumbang” PAS dan DAP.

Jangan hanya kerana mahu membela DAP dan menjaga hati parti komunis tersebut di Pilihanraya kecil Galas, pemimpin-pemimpin PAS ini bersikap hipokrit bercakap tak serupa bikin!

Bukan orang tak tahu, kenyataan Abdul Fatah ini hanyalah semata-mata mahu membela DAP yang dihentam teruk menerusi banner-banner serta risalah kempen BN di Galas. Ini satu lagi bukti bahawa PAS memang sesuai menjadi “barua” kepada puak kafir harbi tersebut.

Jadi tak perlulah Abdul Fatah mahupun pemimpin-pemimpin PAS lain mengingatkan UMNO supaya berkempen dengan cara sopan santun. PAS sendiri pun tak pernah ada etika yang baik ketika berkempen dimana-mana pilihanraya kecil, tambah-tambah lagi sewaktu hari penamaan calon!

Dan Abdul Fatah juga ibarat meludah ke langit apabila menasihatkan UMNO Kelantan supaya jangan menggunakan agama untuk berkempen di DUN Galas ini. Abdul Fatah perlu imbas kembali PRK ataupun PRU sebelum ini….siapa yang sering menggunakan agama sebagai modal berkempen? PAS atau UMNO?

oleh - Pak Long mykmu.net.my


No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.