Friday, November 5, 2010

MengGalas Kekuatan BN Di Masa Depan



Tahniah kepada seluruh petugas BN di Galas dan Batu Sapi yang berjaya mengekal dan merampas kerusi DUN tersebut dengan menang bergaya. Terima kasih pula untuk pengundi yang memberikan kepercayaan kepada BN.

Sekiranya parti gabungan dalam BN bersatu padu dan bekerja keras untuk memenangkan calon BN setiap kali PRK, maka inilah hasilnya. Tidak mustahil juga di PRU 13 nanti BN akan kembali seperti PRU 11 2004.

Pembangkang menang hanya kerana menumpang kelemahan BN dan undi protes dari penyokong BN sendiri di PRU 12 yang lalu. Apabila mendapat durian runtuh yang tidak sengaja ini, mereka secara tak langsung mendapat impak seolah pakatan mereka kuat dan sedikit sebanyak mempengaruhi rakyat yang mudah dimanipulasikan.

Di PRK selepas PRU12 mereka tidak mebuang masa untuk memperkukuhkan 'kekuatan atas angin' yang telah mereka raih akibat tsunami politik 2004. Mereka terus menerus mengembar-gembur isu seolah UMNO dan BN tidak mendapat sokongan dari rakyat. Pemimpin UMNO dan BN yang cepat melatah apabila isu-isu sensitif diprovokasi pula menjadikan keadaan semakin tidak terkawal.

PPUBT berharap kemenangan di dua DUN ini akan menjadi pemacu kepada kejayaan yang seterusnya. BN perlu perjelaskan isu-isu yang cuba dimanipusikan pembangkang dengan cepat dan jelas. Jangan meletakkan beban ini kepada blogger sahaja.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.