Tuesday, February 8, 2011

UMNO Perak Edar 1 juta CD


IPOH 7 Feb. - Pergerakan Pemuda UMNO Perak akan mengedarkan satu juta cakera padat (CD) bagi menjelaskan pembohongan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengenai isu ancak.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Khairul Azwan Harun berkata, pengedaran CD dalam tempoh terdekat ini bagi membolehkan rakyat mengetahui gambar dan cerita sebenar isu ancak yang diputar belitkan oleh Nizar itu.

Beliau berkata, isu ancak yang dibangkitkan Pas Perak itu jelas merupakan satu fitnah dan pembohongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir untuk mengelirukan rakyat.

"Kita mempunyai gambar yang menunjukkan majlis itu bukan ancak kerana ada kenduri kesyukuran oleh penduduk kampung apabila membina rumah baru.

"Nizar dan pembangkang turun ke kampung berceramah dan mengedar risalah berbaur fitnah ke atas Zambry walaupun majlis yang dihadiri Menteri Besar empat bulan lalu di Kampung Guar, Manong, Kuala Kangsar bukannya ancak.

"Isu itu pernah dibangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang lalu dan telah dijawab oleh Zambry, tetapi Nizar masih tidak berpuas hati dengan masih menuduh Zambry dengan isu berkenaan," katanya pada sidang akhbar di bangunan UMNO Perak di sini hari ini.

Khairul Azwan berkata, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah menjelaskan tentang kehadiran Menteri Besar pada majlis itu tidak bertentangan dengan akidah.

Menurutnya, Nizar sengaja membangkitkan isu tersebut semata-mata bagi mengelak isu beliau yang pernah memegang lilin dalam satu upacara diketahui sedangkan perbuatannya itu dilarang di sisi agama.

...................................................

PPUBT - Sudah tiba masanya UMNO melalui jentera parti turut membuat serangan untuk menangkis dakyah politik kotor pembangkang. DS Najib sendiri telah lama menyatakan agar UMNO perlu agresif dan tidak terlalu defensif. Kenapa harus membiarkan pembangkang seperti di Perak menjaja fitnah kepada rakyat Perak.

Kalau kita bersolat Jumaat di Masjid Besar Ipoh tentu kita akan lihat gerai-gerai diluar masjid bersebelahan medan selera yang sentiasa menjual VCD ceramah-ceramah politik pembangkang. Tindakan UMNO Perak amatlah wajar. Jangan kita hanya mengharapkan bloggers untuk menerangkan isu atau menyerang pembangkang. Mereka yang tiada talian internet juga adalah penting untuk kita dekati.

Seperti isu pemecatan Anwar Ibrahim dimana VCD diedarkan kepada rakyat Malaysia sebagai penerangan tindakan kerajaan ketika itu. Sedikit sebanyak dapat meredakan kemarahan rakyat ketika itu yang dibakar oleh gerakan reformasi. Tindakan pro aktif sangat penting supaya negara kita tidak menjadi seperti negara Thailand,Mesir dan lai-lain lagi. Apabila nasi sudah menjadi bubur, tak perlu kita kesali lagi.

3 comments:

  1. blog sdr telah dilink kan ke http://anginria.blogspot.com mohon dilinkan diblog sdr yang hebat ini sama. TQ

    ReplyDelete
  2. Tahniah Pemuda Perak.
    Sekali melangkah, terus melangkah.
    jangan undur walau setapak.

    Syabas Pemuda Tapah. Bantu Pemuda Perak untuk gegarkan politik Perak. Kuburkan Gerombolan Pakatan Haram yang pernah menubuhkan Kerajaan bawah Pokok ala MKomunis.

    http://lintau-perak.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Syabas.. Yang Buruk itu cepat2 kita hapuskan dan hentikan.. yang memberi kebaikan pada org ramai dan rakyat perak mari kita dedahkan..

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.