Thursday, January 19, 2012

Murahsewel Yang Sibuk Menjadi Keldai

Ehsan Mingguan Malaysia

Gelombang kebangkitan yang kononnya atas nama revolusi telah menjatuhkan satu persatu negara-negara arab. Semangat dan darah anak muda yang senang diapi-apikan menjadi modal anasir luar untuk melihatkan negara-negara islam tumbang.

Anak muda yang mendabik dada kononnya golongan terpelajar tapi dangkal dari segi kematangan kini cuba disuburkan di Malaysia. Persis pelopor demontrasi jalanan oleh pelajar yang pernah dilakukan satu ketika dulu oleh politikus pembangkang.

Mahasiswa yang sepatutnya belajar menuntut ilmu di universiti akhirnya kecundang separuh jalan dan gagal dalam pengajian. Mereka inilah yang kini menjadi penghasut dan agen oleh politikus yang berkepentingan peribadi yang bersekongkol dengan anasir jahat dari luar negara.

Bagi pelajar yang gagal ini hanya layak digelar murahsiswa atau mahasewel dan tidak layak untuk mewakili suara mahasiswa. Mereka ini cuba menutup kekurangan diri dan kelemahan dalam pengajian dengan cuba menjadi hero untuk spesis pemalas seperti mereka yang perasan masih golongan terpelajar.

Buat mahasiswa dan mahasiswi yang masih waras dan bijak, fikir-fikirkanlah apa yang tersirat disebalik omongan kosong puak minoriti mahasewel yang sebenarnya lebih menjurus kepada kehancuran negara.

Apa yang dapat dibanggakan dengan negara seperti Mesir,Libya,Syria dan negara arab yang lain hasil dari kebangkitan membuta tuli oleh segolongan rakyat mereka. Mesir kini tersungkur memohon bantuan IMF. Apa pula nasib negara islam yang lain dan siapakah yang paling gembira dengan perkembangan ini ?!


No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.