Thursday, July 26, 2012

Rakyat Berkebajikan

Alhamdulillah, PM telah mengumumkan bonus untuk kakitangan awam dan saguhati untuk pesara. Kakitangan awam yang pro-pembangkang seperti biasa setiap masa dan tahun tak akan pernah bersyukur dengan apa sahaja pemberian kerajaan. Mereka lebih sibuk mewujudkan politik persepsi. Tidak diberi dikatakan kerajaan tiada duit, diberi pula dikatakan gula-gula politik untuk mengundi. Tanpa mereka sedar, setiap tahun itulah ayat bodoh tahap dewa yang diulang-ulang.


Pemimpin mereka yang tidak pernah memberi malahan meminta dari mereka, tidak pula mereka pertikaikan. Surat khabar mereka seperti Harakah, Roket dan Suara Keadilan pun tidak mampu diberi percuma kepada ahli sekalipun. Kurangkan harga pun tak boleh !


Hendak mendengar ceramah maki hamun pula digalakkan untuk menderma. Negeri-negeri yang pembangkang kuasai pula, cukai pintu tetap sama malahan yang naik pun ada. Segala janji dalam manifesto pembangkang yang tidak tertunai seolah dihalalkan oleh pengikut tegar pembangkang. Dengan muka tak malu mereka masih menikmati pemberian kerajaan UMNO/ BN yang dikutuk dan dicerca. Memang dasar tak kenang budi, buta hati.


Malaysia dibawah kepimpinan UMNO/BN sejak dulu lagi mengambil berat kebajikan rakyat. Hanya lebai-lebai PAS yang berhalusinasi dan rela diperbodohkan oleh pemimpin mereka dengan tawaran Negara Berkebajikan mengantikan Negara Islam. 

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah jauh meninggalkan lebai PAS yang baru nak tawarkan kebajikan kepada rakyat.Tapi yang peliknya, pengikut tegar PAS seolah buta mata hati untuk menyedari perkara ini. Memang malang bertingkat-tingkat.


Poster - mykmu

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.