Wednesday, July 11, 2012

Politik Keliru Dan Kebencian

Peristiwa amukan di Putra Jaya seharusnya menjadi pengajaran kepada masyarakat melayu islam di Malaysia. Pemerintah yang ada sekarang adalah seorang melayu islam yang dari jemaah islam juga ( UMNO ). Parti yang dulu lebih islamik dari UMNO kini hanya seperti lembu dicucuk hidung oleh DAP. Tapi masih tidak malu menjual retorik kepada ahli yang setia membuta tuli dengan harapan lama, sedangkan mereka tidak sedar pemimpin mereka sudah menjadi balaci pembangkang.

Pembangkang melayu memang mudah bersekongkol dengan parti yang terang-terang menolak sama sekali islam dan hak-hak keistimewaan melayu. Mereka ini rakus dan gelojoh, mempunyai misi yang sama untuk menjatuhkan pemerintahan melayu islam UMNO.

Melayu pembangkang sungguh mudah terpengaruh dengan jemaah-jemaah yang bertopengkan islam, Sanggup terkorban hanya kerana momokan dan retorik pemimpin mereka.

Melayu islam kini diserang kiri,kanan,atas dan bawah oleh musuh-musuh islam. Mereka memilih melayu islam itu sendiri sebagai dalang untuk mengelirukan masyarakat islam.





No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.