Friday, March 25, 2011

Melayu Pendatang


Inilah wajah sebenar parti DAP, yang mana ada melayu menjadi ahli. Bagi PAS pula, hanya dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang yang ingin mencontohi khalifah Umar Abdul Aziz sudah cukup mengatakan mereka telah berjaya mentarbiah DAP. Sedangkan, perjuangan DAP jelas menolak bukan sahaja penubuhan negara islam malahan pernyataan rasmi yang mengatakan Malaysia sebuah negara islam yang dibuat oleh Tun Mahathir di parlimen satu waktu dulu. Begitu juga soal ketuanan melayu dan institusi beraja.

Apa nak dikata, ahli tegar PAS sanggup bersekongkol dengan puak DAP hanya untuk menjatuhkan sebuah parti orang melayu islam yang memerintah sedangkan mereka belum tentu dapat menjadi ketua dalam pakatan. Dalam kepala ahli tegar PKR pula hanya untuk menjadikan Bung Nuar sebagai PM tak kira berapa kali mereka ditipu dan ditipu.


No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.