Friday, October 7, 2011

20 Ribu Penyokong PAS



Gambar di atas adalah satu ceramah PAS di Stadium MPSJ, Serdang. Berdasarkan kiraan puak PAS, mungkin hampir 20 ribu orang yang hadir ceramah Hj.Hadi dan rakan-rakannya ini.

PAS sebenarnya sudah ketandusan sokongan melayu. Pada PRU12 dulu pun, PAS,DAP dan PKR mendapat dapat sokongan protes dari penyokong UMNO dan ahli komponen BN yang lain.

Pembangkang yang sebenarnya terkejut dengan kemerosotan sokongan kepada BN waktu itu akhirnya terus melayan ' perasan ' bahawa sokongan rakyat kepada mereka bertambah. PRK selepas itu pula, mereka lebih mendabik dada apabila menang beberapa kerusi.

Namun akhir-akhir ini mereka semakin goyah terutamanya PAS yang nyata hilang sokongan dari pengikutnya sendiri. Mereka sedar PAS hanyalah menjadi bola dalam pakatan, ditendang dan lambung sesuka hati oleh PKR. PAS juga seperti haiwan tunggangan yang dicucuk hidung oleh DAP.

Maka, jangan hairan kalau slogan-slogan islamik kembali dilaungkan oleh PAS. Kasihan kepada pak cik dan mak cik yang sebaya dengan Nik Aziz ditipu hidup-hidup oleh pemimpin mereka yang kononnya bergelar tuan guru dan ulamak. Amat malang juga kepada golongan muda yang boleh tertipu dengan retorik pemimpin yang lidah bercabang dalam PAS.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.