Saturday, January 30, 2010

Mahasiswa Yang Lupa Diri

Baca lagi....Angin Perubahan.Blogspot


Gambar atas menunjukkan kumpulan pelajar Pro M telah mengepung dan menyerbu masuk pejabat Naib Canselor di Universiti Malaya pada 29 Januari 2010 setelah mereka kalah dalam PRK. Mengapakah Pro Mahasiswa perlu menjadi radikal, provokatif dan ektrems sebegini?. Sedangkan mereka rata-ratanya datang dari Akademi Pengajian Islam? Apakah Islam mengajar kita untuk bertindak di luar batasan bila keputusan tidak menyebelahi kita? Dalam isu kalimah Allah SWT, tiada seorang pun pelajar Pro M yang berani bersuara kerana takut dengan bayangan Anwar Ibrahim. Kerana agama mereka takut, tetapi kerana kepentingan kelompok sendiri mereka bertindak di luar batasan.

Pelajar Pro M bertindak menendang CPU dan monitor komputer sebagai membantah e-voting. Setahun yang lepas, bila mereka menang dan menguasai MPP apakah aktiviti dan faedah besar yang mereka sumbangkan kepada pelajar di UM? Tiada sebarang impak yang positif ke arah pembangunan akademik dan menjaga kebajikan pelajar secara lebih berfokus diadakan oleh mereka. Aktiviti yang dibuat hanyalah berdemonstrasi, berkonflik dengan HEP dan menjemput beberapa tokoh pembangkang masuk ke dalam Universiti Malaya. Teresa Kok, Nik Nazmi dan beberapa orang lagi wakil rakyat PKR, PAS dan DAP masuk ke kampus atas jemputan MPP yang dikuasai Pro M. Apakah mereka ini yang meracuni fikiran pelajar ini menjadi ekstrems sebegitu rupa? Beranikah wakil rakyat pembangkang tersebut menegur perbuatan Pro M yang melampaui batas ini? Dari mana Pro M dapat sebegitu banyak duit untuk buat banner, badut, baju, bendera dalam kempen PRK kali ini? Ada sesiapa yang membantu gerakan mereka?
........................................................................................................................................................................

PPUBT - Budaya begini kalau dibiarkan akan menjadi barah di IPTA. Walaupun bukan semua pelajar yang berperangai seperti ini, tetapi ianya tidak boleh dibiarkan menjadi budaya dikalangan pelajar melayu yang persis tindakan penyokong pembangkang di luar kampus.

Jangan biarkan segelintir pelajar yang kurang ajar ini menganggu ketenteraman mereka yang benar-benar ingin belajar bukan sibuk sangat berpolitik kampus. IPTA adalah tempat untuk menimba ilmu bukan untuk tunjuk samseng dengan protes yang tak berkesudahan. Belajarlah menerima kekalahan apabila bertanding.

AUKU perlu dikuatkuasa dalam situasi begini untuk menyedarkan apa tugas sebenar mahasiswa di universiti. Kalau mahu berpolitik sangat, tunggulah mendapat segulung ijazah dan berpolitiklah sampai hilang suara.




3 comments:

  1. mmg ada tangan x berapa nak ghaib tolong ni bro!!! cisss, ini ke ciri2 pemimpin masa depan.

    ReplyDelete
  2. salam..

    perkara ni dah lama berlaku..memang dari dulu lagi ipta dan ipts di negara kita dijadikan pusat tarbiah oleh kader2 dari pembangkang..

    mereka bertopengkan aktiviti kemasyarakatan..agama..keusahawanan..dan pembinaan jati diri..padahal dalam program2 tersebut mahasiswa di didik oleh kader2 ni untuk membenci kerajaan..

    cuba kita minta pihak ipta dan ipts ataupun kementerian pengajian tinggi memeriksa persatuan2 anak negeri..agama dan macam2 lagi yang ada dalam kampus..adakah ia ditubuhkan untuk benar2 membantu siswa ataupun hanya sebagai topeng untuk gerakan mereka..

    sasaran mereka ialah siswa2 yang kurang jatidiri..ingin mendalami agama..dan tidak berpandangan jauh..hasutan mereka pada siswa semacam ini ialah yang kononnya mereka berjuang di jalan Allah..kerajaan tidak islamik dan bermacam lagi alasan..

    minda muda yang sedang dibentuk ini di acu dengan kebencian pada kerajaan..kerajaan yang telah menyediakan tempat dan peruntukan untuk mereka belajar..

    di sini dapat kita lihat kelemahan umno..jika kita lihat pihak pakatan haram mempunyai puluhan ngo yang menyokong mereka di dalam kampus..tapi di mana pula ngo2 pro umno dan bn??? di mana ketua pemuda dan pemidato2 ulung pemuda umno??? kenapa mereka tidak turun ke kampus dan bersemuka dengan pelajar..secara formal mahupun tidak formal..

    apa yang saya ulas ini adalah berdasarkan pengalaman saya di universiti..sewaktu nizar namrud menjadi menteri besar perak boleh dikatakan setiap jumaat beliau akan berada di setiawan..atau lebih tepat lagi di kampung setiawan tempat dimana bertumpunya siswa2 dari kampus marin unikl..

    nah dalam waktu khutbah jumaat inilah diselitkan kebencian dan pelbagai lagi retorik..secara tidak langsung ia meresap ke dalam minda2 siswa ini..

    apa yang saya harapkan ialah umno terus dan terus mendekati siswa2 ini..jangan dibiarkan mereka hanyut..mereka adalah harapan kita..

    ReplyDelete
  3. ADAM....betul tu. Tak taulah samada org2 UMNO ni terlalu sibuk atau buat2 sibuk.

    Kita membiarkan suara minoriti membuli dan mempermain2kan kita didepan mata. Pembangkang mmg letih dgn org2 lama yg masih setia dgn UMNO. Salah satu cara, Mereka melobi ideologi mereka melalui anak2 atau cucu mereka yg belajar di IPTA dan IPTS. Dengan harapan akan melobi pula keluarga di kampung. Samada menyebarkan fitnah atau menggunakan 'agama' utk menakut2kan mereka.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.