Saturday, January 16, 2010

Semua Ketua Agama Islam Negeri Patut Bersuara

Kontroversi yang melanda umat Islam berikutan permohonan The Herald memohon penggunaan kalimah Allah digunakan oleh Kristian di dalam pengeluaran mereka mendapat perhatian pelbagai pihak.

Raja Dr Nazrin Shah, selaku Raja Muda Perak juga menyeru umat Islam supaya berusaha memadamkan segera perkara-perkara kontroversi di peringkat awal supaya tidak merebak hingga boleh mencetuskan konfrontasi.

"Perkara-perkara berunsur kontroversi tidak harus dipandang kecil malah hendaklah dipadamkan segera di peringkat awal dari dibiarkan merebak," titah baginda ketika merasmikan persidangan ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) di sini, hari ini.

"Sedarilah bahawa api yang besar lagi memusnahkan bermula dari bara-bara kecil yang gagal dipadamkan. Kembalikanlah minda untuk mencapai kejayaan sejati yang tidak menjejaskan keharmonian insan dan perpaduan warga dari sifat tidak mahu berganjak semata-mata untuk mempertahankan ego masing-masing yang akhirnya mengakibatkan kesemua pihak menanggung rugi," titah Raja Nazrin.

Kita memerlukan lebih ramai golongan kerabat Di Raja yang berpendidikan tinggi dan juga vokal seperti Raja Nazrin.

Amat menghairankan kerana kerabat Di Raja lain seakan-akan tidak tahu apa yang sedang berlaku di negara kita ini kerana mereka tidak pula mengeluarkan kenyataan seperti Raja Nazrin atau Sultan Selangor yang melarang keras penggunaan kalimah Allah oleh Kristian.

Begitu juga dengan ulama-ulama Islam di Malaysia ini terutamanya mufti-mufti negeri yang tidak berani bersuara.

Sepatutnya mereka yang lebih arif tentang Islam seperti mufti-mufti negeri serta jabatan-jabatan agama negeri inilah yang lebih cepat dan lebih lantang bersuara membangkang penggunaan kalimat Allah oleh Kristian ini.

Kita tidak mahu Malaysia menjadi Indonesia kedua di mana perkahwinan antara si suami yang beragama Kristian dan si isteri yang beragama Islam dibenarkan kerana nanti anak-anak ingin mengikut agama apa?

Sumber - mykmu.net


3 comments:

  1. Pandangan Datuk Dr Haron Din berkenaan Isu Kalimah Allah. sila lihat link ni.

    http://www.youtube.com/watch?v=N06ntSLtb_4
    http://www.youtube.com/watch?v=nSSZL_-RM5o

    ReplyDelete
  2. Mufti2 negeri tak perasan kot.... Mcm ni nak kena panggil Karam Singh TV3 buat liputan , baru dia orang turun padang. Karam Singh pantun nanti baru tau ...

    ReplyDelete
  3. mattrengganu

    - agaknya kut. Kalau tak nak tau hal ehwal dunia, kena betul2 jadi tok guru pondok/suluk la.

    golok terbang

    - sudah tgok, alangkah bagusnya kalau D harun din ni tak terlibat dgn mana2 parti politik. Sayang, dia masih bersekongkol dgn puak yg jadikan dap dan pkr sbg sahabat.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.