Thursday, December 3, 2009

Hadi menguatkan cengkaman terhadap Nik Aziz?

Dalam sistem PAS, Dewan Syura ada peranan penting sebagai penasihat kepada pucuk kepimpinan PAS. Agak susah nak faham Mursyidul Am yang tidak dipilih boleh melebihi dari kuasa Presiden yang dipilih jemaah PAS. Keadaan ini sudah menjadi teruk hingga Nik Aziz pernah mengaku jawatan Mursyidul Am itu lebih tinggi dari Presiden.

Keadaan ini menjadi bertambah mengarut hingga Nik Aziz boleh membuat kenyataan menuntut dipanggil Mesyuarat Luar Biasa parti untuk menyingkirkan Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung dan Pesuruhjaya Negeri Selangor. Percubaan itu telah dapat ditepis dengan digantikan dengan Seminar yang tidak mengubah keadaan.

Nik Aziz merasa dirinya tewas dari mula dalam mesyuarat AJK PAS Pusat berkenaan usulnya. Tidak mustahil, dia berpura-pura sakit masuk IJN untuk meraih simpati.

Hadi sudah mula lebih mendesak terhadap Nik Aziz dengan permintaannya supaya Ariffahmi digugurkan dari jawatan CEO PMBK. Hadi Dipercayai akan menguatkan cengkaman kuasanya. Nyawa politik Nik Aziz hanya menuggu masa untuk dikebumikan.

Kenyatan Hadi semalam menyatakan Nik Aziz bersikap ikhlas tetapi menyalahkan Penasihat di atas kesilapan perlantikan Ariffahmi yang turut tidak dipersetujui oleh anaknya Nik Abduh.

Ini sesuatu yang pelik. Kesilapan boleh sesekali disalahkan disalahkan keapda orang lain melainkan orang yang membuat keputusan. The onus will always be on the decision maker. Penasihat memberi nasihat sebarapa yang jujur dan terdaya mengikut keadaan. Pembuat keputusan boleh terima atau tolak nasihat itu. Tanggungjawab tetap jatuh kepadanya.

Nik Aziz ada memberi alasan dia tidak mendapat bangkangan dari Penasihat Undang-undang. Pertama, siapa berani tentang apabila Nik Aziz nampaknya sudah bersungguh-sungguh mahukan Ariffahmi. Nik Abduh ada mengtakan ayahnya sudah tawarkan pada Ariffahmi dari tahun lepas lagi.

Kedua, kesalahan Nik Aziz adalah dari segi moral dan etika dan bukan undang-undang kerana perhubungan keluarga dalam undang-undang sering didefinasi sebagai ayah ibu, adik beradik dan anak-anak – atas, bawah dan tepi dan bukan yang berkait-kait jauh. Pengukur PAS berkenaan nepotisma yang diguna untuk mengkritik UMNO termasuk sekali menantu.

Alasan Nik Aziz dan tuduhan Hadi untuk menyalahkan Penasihat adalah salah. Namun begitu, Hadi ada dilaporkan berkata, "Benarlah keadaan yang digambarkan Rasulullah SAW: Akan berlaku di akhir zaman keadaan yang celaru, orang amanah dikatakan khianat, orang khianat dikatakan amanah, orang benar dikatakan bohong dan orang bohong dikatakan benar."

Dengan demikian tuduhan salah Hadi keapda penasihat dan menyatakan Nik Aziz hanya untuk memberi muka, tetapi sebenarnya dia menyalahkan dan mengatakan Nik Aziz sebagai tidak amanah.

Dari pandangan politik, keadaan menunjukan Hadi sedang mengasak sedikit demi sedikit supaya Nik Aziz berundur dari jawatan Menteri Besar. Nik Aziz nampaknya enggan lakukan dan mahu kekal dalam jawatan.

Alasannya mungkin adalah tidak ada orang yang layak. Dia sudah mula memperlecehkan semua calun potensi untuk menggantikannnya.

Husam dikatakan hanya “untuk rakyat Malaysia” dan bukan untuk rakyat Kelantan. Kalau Nik Aziz dianggap Jeneral, dia sudah menuduh “Kolonel” atau Timbalan Menteri Besar, Ahmad Yaacob sebagai dalang mahu menjatuhkannya. Nik Amar tidak dilihat langsung walaupun cuba mengampu meminta Nik Aziz yang menentu penggantinya.

Nik Aziz boleh berdalih untuk tidak mempedulikan tuntutan mengundur semalam oleh kumpulan pemuda dengan mengenepikan tuntutan yang sebahagian kecil dihadiri oleh Pemuda UMNO. Tapi dia jangan lupa yang menuntut adalah rakyat dan pengundi Kelantan.

Tembok yang kuat pun boleh runtuh jika diasak setiap hari. Nik Aziz tidak boleh lagi bertahan tetapi menerima realiti bahawa dia sudah melakukan kesalahan dan patut berundur. Hadi pun ada tahap kesabarannya dan pasti terpaksa menggunakan kuasanya kerana terlalu lama Nik Aziz dan penyokong-penyokongnya memperlecehkan Hadi sebagai Presiden yang dipilih.

Kuasa sebenar yang menentukan Menteri Besar adalah perkenan Sultan dan Hadi yang berkuasa untuk membuat cadangan untuk diperkenan pada Tuanku Sultan. Bukan Nik Aziz seperti yang disarankan oleh Nik Amar yang cuba nasib sebagai kuasa ke tiga.

Nik Aziz sedar Ahmad Yaacob yang paling diterima untuk memnggantinya setelah ada kesediaan dari Husam dan juga Nik Amar. Masaalahnya dia tidak yakin dengan rakannya semasa berguru bawah Tok Guru Kob Tumpat. Ahmad Yaacob pun ada perwatakan hampir menyerupainya semasa mula naik Menteri Besar untuk diterima rakyat. Mungkin dia masih bermain politik kerana Ahmad Yaacob dilihat adalah dari fraksi ulamak pimpinan Hadi.

Jika Nik Aziz susah untuk menerima realiti ini dan cuba melawan dari berundur, Hadi pasti akan terus menghantar lagi pelbagai mesej dan peringatan. Tidak hairan Hadi menutup ‘sementara’ Majlis Syura yang diketuai Nik Aziz dan melucut jawatannya dalam parti sebagai Mursyidul Am. Ini pasti adalah paling memalukan Nik Aziz.

Masa itu, Nik Aziz tidak boleh salahkan sesiapa melainkan diri sendiri. Dr Mahathir ada memperingatinya supaya turun semasa orang masih menyanginya. Tak dengar, nasiblah ...

Sumber - ruangbicarafaisal.blogspot.com

1 comment:

  1. Sejarah penubuhan Pas itu pun sudah mengambarkan gila kuasa, sebab iti Ahmad Fuard keluar UMNO kerana kalah bertanding merebut jawatan Presiden dengan Tengku.tak hairanlah kalau Nik Aziz gila KUASA.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.