Saturday, June 9, 2012

Zalimnya UMNO


Zalimnya UMNO kerana tidak menyekat ahli PAS untuk pergi ke stadium untuk berhimpun dan mendengar retorik pemimpin PAS.

Zalimnya UMNO kerana membiarkan stadium dipenuhi dengan ahli-ahli PAS yang bercampur gaul lelaki dan perempuan yang diceritakan 50 ribu lebih yang hadir.

Zalimnya UMNO kerana membiarkan Perhimpunan Hijau di Kedah yang berlangsung dengan tenang tanpa gangguan dari polis dan FRU untuk melepaskan gas pemedih mata serta pancutan ' water canon' kepada lebai-lebai PAS yang hadir.

Zalimnya UMNO kerana tiada pun provokasi dari polis yang selalunya dikatakan menyamar sebagai orang awam untuk mencetuskan kekacauan.

Zalim UMNO kerana tidak pernah menganggu Solat Hajat, ceramah atau perhimpunan protes yang dibuat di dalam stadium yang selalu dibuat oleh pembangkang sebelum ini.

Zalimkah kerajaan kerana menghalang Demontrasi Jalanan Haram BERSIH berlangsung ?
Apa masalahnya berkumpul di dalam stadium ?

Sebenarnya pembangkang sudah mempunyai agenda jahat dari awal dan tidak yakin dengan sokongan dan sambutan rakyat jika dibuat di dalam stadium, dengan t-shirt kuning....sudah tentu akan lebih jelas sambutan yang tidak seberapa.

1 comment:

  1. penuhnya seat di seberang nizar berucap. tahniah.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.