Sunday, June 26, 2011

Pembangkang Kelu Sehingga Merapu


Selepas Klinik 1 Malaysia,kini Kedai Rakyat 1 Malaysia pula. Tahniah DSN dengan satu lagi langkah mengurangkan beban rakyat.

Kedai 1 Malaysia ini diuruskan oleh Mydin Holdings. Rakyat Malaysia mempunyai pilihan alternatif untuk berbelanja dengan lebih murah terutama mereka yang berpendapatan rendah sudah tentunya memilih harga yang lebih murah berbanding mereka yang mungkin cerewet dengan jenama.

Belum pun sampai seminggu,sudah ada suara sumbang dari puak yang otak mereka tidak mampu membezakan isu-isu yang patut dipolitikkan.

"Alah,label aje 1 Malaysia tapi barang Mydin...", kata Lebai Kaduk.

"Kualiti barang ntah-ntah hancur...", kata Nyonya Tee Po.

Banyak lagi cakap-cakap negatif dari puak yang hanya tahu kondem. Ada yang sampai tahap nak boikot kedai ini. Tapi biasanya mereka inilah yang akan jadi pelanggan tetap, sebagai contoh kereta Proton. Dulu mereka jugalah yang bising mengatakan Tun Mahathir ada saham, sekarang...ntah berapa keturunan mereka masih membeli kereta keluaran Proton.

Syarikat besar yang lain sepatutnya mengambil langkah yang sama kerjasama Mydin dan kerajaan ini dengan mewujudkan rangkaian kedai harga patut mereka sendiri. Ini adalah tanggungjawab sosial kepada rakyat dan membantu usaha kerajaan menangani kenaikan harga barang.

Dengan wujudnya lebih banyak rangkaian kedai harga patut, pihak tertentu yang mempunyai agenda dan suka memanipulasikan harga barang tidak lagi bermaharajalela.

1 comment:

  1. Rakyat MARHAEN.. Apa lagi yg tuan puan mahu..? tiada kerajaan didunia ini yg prihatin saperti kerajaan BN di MALAYSIA.. berilah sokongan padu pada BN demi masa depan yg terjamin.. TERIMA KASIH DS NAJIB!

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.