Wednesday, April 13, 2011

Soalan Yang Patut Rakyat Sarawak Renungkan

1. Kalau tempoh perkhidmatan Taib Mahmud dengan tempoh Lim Kit Siang, Karpal Singh, Hj Hadi dan Nik Aziz dalam politik, siapa sebenarnya yang lebih lama?

2. Kekayaan Taib Mahmud menjadi isu, tetapi jika bandingkan kekayaan DSAI (Datuk Seri Anwar Ibarhim) dan Azmin Ali, siapa sebenarnya lebih diragui punca kekayaannya?

3. Isu Teoh Beng Hock, siapa sebenarnya yg untung bila dia mati? Siapa yg hendak sembunyikan rahsia yang diketahui Teoh Beng Hock? Adakah kerajaan Sarawak, SPRM, Kerajaan PKR Selangor, Khalid Ibrahim atau DAP yang untung? Maka tidakkah lebih munasabah Teoh dibunuh oleh mereka ini?

4. DS Najib sudah membuktikan janji-janji beliau, dan masih berusaha lagi. Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya belum lagi membuktikan apa sumbangan kepada rakyat di Sarawak.

5. Janji isu tanah selesai dalam masa 1 tahun Pembangkang. Lihatlah apa terjadi kepada penduduk Kg Buah Pala di Pulai Pinang..bukankah dulu Anwar berjanji akan selesaikan masalah Kampung itu sebaik sahaja menang pilihanraya?

6 .Janji Pas tentang agama Islam, berapa kerusi Pas bertanding di Sarawak? Apakah Pas akan jadi dominan dalam pakatan nanti kalau begitu?

7. Apakah Pas berniat hendak melaksanakan hudud di Sarawak ataupun kerana hendak meruntuhkan kepimpinan Islam di negeri ini?

8. Kenapa PKR begitu tamak bertanding di tempat yang sepatutnya diberikan kepada SNAP? Awal awal lagi mereka sudah mula memperkecilkan kepimpinan pembangkang tempatan dan mengutamakan kepimpinan parti daripada semenanjung untuk memerintah Sarawak.

9. Kenapa ketua umum PKR tak nak bersumpah, tak nak bagi DNA, tak tunjuk jam Omega, tidak mahukan Suruhanjaya Penyiasat. Jika Anwar tidak bersalah mengapa perlu takut?

10. Pihak mana lebih jujur kepada rakyat Sarawak dan tidak perlu berkempen memburuk-burukkan lawan sehingga menimbulkan fitnah???

rajahmas.blogspot.com

1 comment:

  1. “Dan Allah Telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezkinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah; Karena itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat.”

    Harap2 orang yg amik rasuah cepat2 la bertaubat.. Kalau malaysia ni ditakdirkan kene tsunami macam kat jepun.. masa tu tak ada satu pun yg berharga.. renung-renungkan lah..

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.