Monday, November 22, 2010

UMNO Beli Ahli PKR...



Kebanyakkan dari mereka ini adalah orang kuat dan asal Parti Keadilan yang kini dikenali dengan PKR. Ada diantaranya yang keluar masuk penjara, bergadai bergolok di zaman reformasi dan bermati-matian mempertahankan Anwar.

Kerana muak dengan permainan politik dalam PKR dan ada juga yang sudah tahu tembelang sebenar Anwar, mereka pun angkat kaki meninggalkan sebuah parti yang mereka juga menjadi tulang belakang di awal penubuhannya.

UMNO pula mendapat tempias, apabila difitnah kononnya memancing mereka ini dengan wang berjuta. Helah popular Anwar yang meletakkan kesalahan kepada pihak lain untuk menutup pekung sendiri.

Bagaimana pula ahli-ahli biasa PKR ( Keadilan ) yang juga pengikut tegar sejak dulu lagi turut sama meninggalkan PKR ( Keadilan ), adakah mereka ini juga dibeli oleh UMNO ?

Generasi baru dan pengikut PKR sekarang sepatutnya sudah boleh berfikir dan menilai apabila Anwar terus menerus menyalahkan orang lain dan mendabik dada dia di pihak yang benar. Anwar bukanlah memperjuangkan kebenaran ataupun keadilan untuk rakyat, tapi lebih kepada keluarga dan rakannya sahaja. Rakyat pula hanya dihidangkan dengan retorik dan khayalannya.

Pengikut baru PKR perlu menilai, siapalah mereka berbanding dengan 35 orang-orang kuat PKR ( Keadilan ) yang telah lama berjuang dan bersama-sama Anwar. Sewaktu mereka berjuang mempertahankan Anwar, anda mungkin masih di sekolah rendah atau menengah.

Siapa yang benar, Anwar atau mereka ?

1 comment:

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.