Thursday, October 29, 2009

Kronologi Krisis Kepimpinan PKR

* 16 Oktober – Zaid Ibrahim ambil cuti politik enam bulan selepas Anwar Ibrahim menghalang beliau daripada menyertai program parti itu di Sabah atas jemputan Naib Presiden PKR Datuk Dr.Jeffrey Kitingan.

* 18 Oktober – Dalam pertemuan secara eksklusif dengan mStar Online Azmin Ali nafi beliau mempunyai masalah dengan Zaid dan menjadi punca mengapa Anwar halang Zaid ke Sabah.

* 18 Oktober – Zaid langar arahan Anwar dan tetap menjejakkan kaki ke Sabah. Bertemu dengan Jeffrey Kitingan dan pemimpin-pemimpin PKR Sabah yang lain.

* 27 Oktober – Dr Jeffrey umum letak jawatan sebagai naib presiden dan semua jawatan politik termasuk anggota Biro Politik PKR.

* 28 Oktober – Ketua Bahagian Kota Kinabalu Christina Liew pula mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi PKR.

* 28 Oktober – Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim menafikan beliau meletak jawatan selepas khabar angin bertiup kencang mengatakan beliau telah melepaskan jawatannya itu ekoran krisis kepimpinan yang berlanjutan dalam parti tersebut.

* 29 Oktober – Menteri Besar Selangor arah ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah melepaskan jawatan sebagai ADUN.

* 29 Oktober – ADUN Pelabuhan Klang ishtihar sebagai calon bebas kerana rasuah pemimpin dan masalah dalaman PKR.

Sumber - Aspirasi Bangsa dan Pemuda Enggang

-------------------------------------------------------------------------------------------------
PPUBT - Perpecahan dan krisis yang berlaku dalam parti pembangkang akhir-akhir ini seolah tidak dapat dibendung. Namun, apa sahaja perkembangan dalam parti pembangkang UMNO dan kerajaan perlu berhati-hati. Sejarah telah membuktikan, berbagai sandiwara yang mereka sanggup buat untuk memerangkap pihak lawan mahupun ahli parti mereka sendiri.

1 comment:

  1. RASUAH...RASUAH...RASUAH... Udah Penasihat Kepala segala Rasuah masakan yang dibawah nak tgk ajer....itulah Brother Anwar Bin Ibrahim. Dulu Parti Keadilan Nasional berunsurkan orang Melayu, Keluar jerk Bro Anwar B. Ibrahim udah jadi kesamarataan dengan Ayat "JIKA KITA MAU MENANG PILIHANRAYA AKAN DATANG, KITA MESTI BUKA RUANG SAMA RATA KEPADA SEMUA BANGSA DALAM ERTI KATA SAAAMAAAA RAAATAAAA, SAAAMAAA RAAASAA!(bukan ker ayat tuh umpama membunuh bangsa Melayu & Agama Islam)" Jgn SAMA RATA SAMA RASA lain udah arr brother Anwar B. Ibrahim.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.