Tuesday, October 27, 2009

19 murid terselamat, dua masih hilang

27/10/2009 10:40am

KAMPAR 27 Okt. – Seramai 19 daripada 22 murid yang dikhuatiri hilang dalam kejadian jambatan gantung terputus di Kuala Dipang malam tadi, berjaya diselamatkan.

Difahamkan, mereka yang terselamat telah dibawa oleh keluarga masing-masing.

Sehingga pagi ini, seorang mangsa, N. Dina Deve, 12, ditemui mati lemas kira-kira pukul 8.40 pagi tadi.

Dua lagi murid yang dipercayai terjatuh dalam kejadian itu masih belum ditemui. – Utusan.

Lawatan KP dan PPUBT ke kawasan tragedi pada malam kejadian.

Kuala Dipang walaupun terletak di Kampar dan dalam daerah Kinta Selatan, adalah dibawah Bahagian UMNO Tapah. Ketua Bahagian UMNO Tapah bersama Ketua PPUBT turut sama melawat tempat kejadian dan meninjau suasana operasi menyelamat mangsa. Dato' Seri Dr. Zambry dan beberapa orang lagi ADUN Perak bergegas melawat tempat kejadian sebaik saja berita diterima.

Keadaan malam yang gelap serta arus sungai yang deras tidak menghalang Pasukan Penyelamat bertungkus-lumus menjalankan operasi menyelamat walaupun agak menyukarkan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada anggota keselamatan dan orang-orang kampung yang turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

2 comments:

  1. Insyallah ptg krg sy pun akan ke sana.. semoga semuanya selamat... dan doa yg terbaik utk semua..

    ReplyDelete
  2. Memang mengerikan juga bila melihat air sungai yg deras dan keruh, gelap gelita lagi.

    Sewaktu kami pegi ke tempat kejadian semalam, mcm2 insiden yg berlaku. Ada yg sempat nak jadikan isu politik pun ada, cikgu kena marah dengan ibu bapa.

    Kejadian macam ni patut dijadikan ikhtibar oleh semua orang dalam menguruskan perkhemahan.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.