Wednesday, September 16, 2009

Sejarah Kelakar Yang Tak Patut Dilupakan

Bulan puasa tahun lepas kita digegarkan dengan gempak peralihan kerajaan BN. Disaat umat islam sibuk menjalankan ibadah puasa, Bung Nuar sibuk menjual temberang tentang Ahli Parlimen BN yang akan melompat menyertai pembangkang.

Penyokong serta pemimpin Pakatan bagaikan hilang akal dan mabuk seolah terminum air ketum turut sama ghairah dengan temberang Bung Nuar. Setiap masa dan detik dikatakan angka AP BN yang akan melompat semakin bertambah dan 16 september adalah tarikh keramat ianya akan terjadi.

Walaupun sebelum dari itu sudah banyak tarikh telah ditetapkan tetapi pengikut totok mereka meleleh air liur apabila mendengar Bung Nuar mengatakan jalan ke Putrajaya semakin hampir. Apa yang mereka tak sedar, mereka sebenarnya telah dikencing basah kuyup oleh Bung Nuar. Begitu juga dengan Nik Aziz, Kit Siang, Abe Hadi dan lain-lain.

Apabila tiba hari 16 September...tiada apa yang berlaku ! Bung Nuar sudah bersedia dengan ceritera baru untuk membuai terus perasaan penyokong pembangkang. Seperti biasa, mereka sanggup ditipu untuk kali yang ntah ke berapa.

Apabila berlaku ADUN Pakatan melompat menyertai kerajaan BN di Perak, kerajaan dikatakan menjadi perampas, tidak adil, tidak demokrasi, zalim dan segala macam mak nenek alasan puak Pakatan hamburkan.

Sebelum mengamuk peralihan kuasa di Perak, PPUBT sekadar ingin mengingatkan kepada penyokong Pakatan, belajarlah dari sejarah 16 September ciptaan Bung Nuar. Video dibawah ini mungkin mampu untuk memulihkan ingatan anda semua tentang 16 September.

- PPUBT


3 comments:

  1. Salam,

    Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri, maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  2. Salam Aidil fitri juga buat Yang Gambi sekeluarga, terima kasih kerna memberikan sokongan.

    ReplyDelete
  3. Slamat Hari Raya untuk Din sekeluarga semoga karier politik semakin bertapak kukuh demi anak bangsa dan Melayu... Hidup Umno

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.