Monday, August 24, 2009

Pas Semakin Kalut

Tempoh berkempen yang hanya tinggal beberapa jam lagi memperlihatkan jentera Pas semakin kalut menjaja isu peribadi calon BN.

Setelah tuduhan Rohaizat menggelapkan duit koperasi berjaya dibersihkan oleh rakan kongsi beliau, kini mereka beralih kepada isu rumahtangga calon BN. Disaat akhir ini mereka memperhebatkan serangan dengan menjaja isu isteri kedua calon BN.

Adakah pemimpin Pas tidak terlibat dengan poligami ? Pemimpin Pas sepatutnya lebih arif untuk menasihati penyokong-penyokong mereka supaya berhenti memainkan isu sebegini. Paling tidak pun, hormatilah bulan yang mulia ini. Matlamat tidak menghalalkan cara, apa lagi sebuah parti yang kononnya lebih islamik dari orang lain.

Sudahlah tidak banyak atau mungkin langsung tidak membina sebuah masjid untuk beribadah. Sebuah ikatan perkahwinan pula menjadi sasaran yang memungkinkan ianya hancur. Itu merobohkan masjid namanya. Apa sudah jadi dengan saranan Mursyidul Am mereka yang menyarankan supaya tidak menyerang batang tubuh orang, adakah ianya hanya untuk pemimpin pembangkang sahaja ?

Buat warga Permatang Pasir yang akan keluar mengundi esok, pilihlah calon yang mampu memberikan khidmat dan pembaharuan dikawasan anda. Jangan mudah tertipu dengan sentimen yang dimainkan oleh pembangkang. Adakah calon Pas yang sudah 6 kali kalah itu akan dilantik menjadi Exco dalam kerajaan negeri Lim Guan Eng ? Kalau wakil Pas sebelum ini yang telah menang 3 penggal dan senior itupun tidak dilantik menjadi Exco, anda fikirkanlah sendiri.

5 comments:

  1. Pembangkang tiada modal lain.Mereka sanggup buat apa saja untuk meraih undi.Kepada pengundi Permatang Pasir,fikir-fikirkanlah.Undi anda penentu kecemerlangan masa depan.

    ReplyDelete
  2. kadang kita jangan berfikir cuma di dalam kotak..cuba berfikir macam mana cara orang berfikir yang berada di luar kotak..he he he

    ReplyDelete
  3. di ruangan post a comment tu tambahkan sedikit ayat lagi bagi sedap dan baik.
    POST A STANDARD COMMENT

    ReplyDelete
  4. UMNO terlebih calon yang layak dan "bermoral tinggi"...

    ReplyDelete
  5. susah sekarang..macam2 fatwa pas belit pemikiran orang

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.