KUALA LUMPUR 23 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas.
Bahagian PKR Padang Serai turut dibubarkan. - Utusan
200 ahli PKR keluar parti
23/08/2009 11:32am
KUALA LUMPUR 23 Ogos – Seramai 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Padang Serai hari ini bertindak keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinannya dan mendakwa perjuangan parti itu kini tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya.
Keputusan pembubaran bahagian itu diumumkan oleh pemangku ketua bahagiannya, Jamaludin Abu Hassan dalam satu sidang akhbar di Hotel Legend. di sini sebentar tadi.
Turut mengikut jejak sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh yang mengumumkan keputusan keluar parti untuk menjadi wakil rakyat bebas
Beliau bagaimanapun tidak melepaskan jawatan selaku ahli exco Kedah yang memegang portfolio pelancongan, pembangunan masyarakat serta sumber tenaga manusia. -Utusan
..........................................................................................................................................................................
Ulasan * Kalau buruk sangkanya, ini mungkin satu drama menjelang PRK Permatang Pasir yang diarahkan oleh Bos mereka.
Kalau berbaik sangkanya pula. Ini pastinya satu tamparan buat YB Padang Serai. Hari tu dia melempang anggota polis, hari ini...dia pula kena lempang dengan PKR Padang Serai. Tahniah YB Lunas kerana sedar kemana nasib melayu didalam PKR. Melayu PKR tidak lama lagi akan terhimpit dengan kebanjiran ahli-ahli bukan melayu. Sekarang ni pun, mereka dah mula berebut jawatan-jawatan diperingkat cawangan dan bahagian. Jangan pula puak pembangkang akan mengatakan UMNO membayar berjuta duit kepada YB ni nanti.
pencacai2 pakatan rakyat pasti akan menuduh barisan nasional atau umno yang menjadi dalang penarikan diri adun dari PKR ni.
ReplyDeleteMACAM BIASA......... semoga ini dapat mempengaruhi pengundi permatang pasir yang menunjukkan pakatan rakyat bukanlah parti rakyat. parti penghancur rakyat!
Wahai Puak Juak PKR.berpijaklah di bumi yg nyata.Anda dan parti anda semakin hanyut menuju kehancuran.
ReplyDeletesemoga PKR redha dengan keputusan itu, tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak.
ReplyDeletekita tunggu dan lihat...
ReplyDeleteadakah ianya satu sandiwara ataupun suatu tamparan hebat...