Tuesday, August 11, 2009

'ANWAR PENGKHIANAT BANGSA’ BERGEMA DI IPOH

PERHIMPUNAN menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa Anwar Ibrahim adalah Pengkhianat Bangsa, di hadapan bangunan Umno Perak, Ipoh mengundang kehadhiran lebih 500 orang.

Laongan ‘Anwar pengkhianat bangsa...., Anwar penjahanam negara.... Anwar penyamun.... Anwar penipu .... Anwar kaki kelentong dan Anwar peliwat.... bergema bagi menzahirkan kemarahan ramai kepadanya.

Majlis dimulakan dengan lagu Negaraku dan ikrar ‘Sumpah Melayu’. Ianya kemudian disusuli dengan beberapa ucapan lain yang membenarkan dakwaan bahawa Anwar Ibrahim adalah Pengkhianat Bangsa, oleh beberapa orang pemidato. Perhimpunan bersurai jam 1.30 tengah hari.

Walaupun perhimpunan diadakan jam 11.30 pagi, hari Selasa, 11 Ogos 2009 (hari dan waktu bekerja kebanyak orang) tetapi, kemampuan menghimpunkan hadhirin seramai itu cukup memberi erti bahawa rakyat Perak benar-benar menerima hakikat bahawa Anwar bin Ibrahim adalah ‘Pengkhianat Bangsa Melayu’.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh NGO dan kontraktor-kontraktor bumiputera seluruh Perak itu berjaya menzahirkan sokongan kepada TPM dan Timbalan Presiden Umno, yang dengan berani dan berterus-terang mengecam Penasihat PKR serta Ketua Umum Pakatan Pembangkang itu dengan panggilan ‘Pengkhianat Bangsa Melayu’.


Gambar-gambar sekitar perhimpunan:








Banyak lagi disini - http://parpukari.blogspot.com






5 comments:

  1. salam saudara KMJ

    mohon keluarkan artikel yang bersangkutan dengan keburukan pemimpin pas tempatan di tempat saudara bagi tatapan ramai


    salam

    ReplyDelete
  2. Insyaallah. Yang masuk UMNO pun ada, cuma tidak dipublisitikan sahaja.

    ReplyDelete
  3. Di dalam menyelesaikan masalah dalaman organisasi sebagai ketua, kita jangan memihak, cuba jadi orang tengah..Dalam menyelesaikan masalah kita bukan nak mencari siapa salah dan siapa betul,kita perlukan jalan penyelesaian..wallahualam..

    ReplyDelete
  4. Apakah langkah atau kaedah yang saudara KP guna pakai bagi menyahut slogan PM Rakyat diutamakan Pencapaian Diutamakan?

    ReplyDelete
  5. Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan?

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.