Monday, August 17, 2009

Ahli UMNO Tak Akan Masuk Syurga - Nik Aziz

BUKIT MERTAJAM, 17 Ogos (Bernama) -- Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

"Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini Isnin selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Pengundian ialah pada 25 Ogos ini.

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Pas, Mohd Salleh Man, 52, yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, dan calon Barisan Nasional Rohaizat Othman, 38.

Kawasan itu mempunyai 20,290 pengundi berdaftar.

-- BERNAMA
.....................................................................................
Ulasan * Bagaimana penerimaan ahli-ahli Pas dengan kenyataan terbaru ini ? Mereka mungkin akan mengatakan media memutar belit kenyataan 'Bos' mereka. Seperti kenyataan nik aziz sebelumnya, biasanya akan disusuli dalam bentuk audio visual samada di tv ataupun di internet. Sepertimana kenyataan "..pergi jahane la denge UMNO !!" carilah di youtube.

Bagaimana pula dengan umat islam di negara lain yang tidak menjadi ahli Pas ?! Kesimpulan ringkas dari madah nik aziz ini, syurga itu hanya milik ahli pas. Pangkah pas dan tengok muka tuan guru pun, boleh masuk syurga. Letak stiker pas di kereta pun, tak mustahil masuk syurga. Tak tau pula secara 'cash' atau ansuran.

Samada kenyataan nik aziz diputar belitkan atau memang benar, sememangnya bukanlah kejutan tapi sudah cukup untuk orang melayu menilai cakap-cakap politikus yang bersandarkan penampilan dan berlagak lebih islamik dari orang lain.

4 comments:

  1. Senang punya cakap, diri Nik Ajis sendiri belum tau nak kena masuk syurga atau kena humban dalam neraka. Hanya Allah SWT yang maha mengetahui!

    ReplyDelete
  2. SALAM

    INILAH MANUSIA YANG BERTOPENGKAN ISLAM TETAPI TINGKAH LAKU DAN PERKATAANNYA BUKAN SEPERTI ISLAM YANG DITUNTUT OLEH RASULLULLAH...

    LIHAT DAN TUNGGULAH KENYATAAN SETERUSNYA DARI SAUDARA NIK AZIZ NI AKAN ADA MACAM2 KENYATAAN SEMPENA PRK PERMATANG PASIR NI NANTI

    SALAM

    ReplyDelete
  3. SyarizS: Siapa Nik Aziz nih? Tuhan ker dia? Patut ar dulu bertakbir, sekarang ber'TAKE BEER'bersama DAP. Maknanya sekarang semua ahli PAS ole dah minum ANCHOR BEER & CARLSBERG kerana ia bukan arak dan setiap juak PAS nih boleh terus masuk Syurga walau sudah melakukan dosa besar. Semua pemimpin PAS boleh ler berkempen untuk mencaci dan memaki orang UMNO kerna apa! Semua Pemimpin dan Juak PAS ini tentu masuk syurga. Bila Bulan Ramadhan nih x yah arr mereka berpuasa. mudahnya idup. Jadi umat Islam Apa Kejadahnya???
    HEEEIIII.....!!! NIK AJIS.... KETAHUILAH ENGKAU...MATI ITU BENAR...HIDUP ITU BENAR...SYURGA ITU BENAR...NERAKA...PUN BENAR...KEMBALILAH ENGKAU KEPADA RUKUN IMAN DAN RUKUN ISLAM....JGN KO KELUAR FATWA TAKLID BUTA JANGAN KO PESONGKAN AQIDAH UMAT ISLAM.

    ReplyDelete
  4. gua setuju dgn TPM dlm NTV7 semalam , serahkan pada ahli a ahli agama utk tentukan krn ia ada kaitan dgn masalaah AQIDAH... so buat la debat terbuka utk saksikan kebenaran...

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.