Sunday, December 26, 2010

RM500 Untuk Guru Sahaja


Menaikkan dan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang. Ini adalah diantara 1o insentif dalam tawaran Program 100 Hari sekiranya mendapat mandat untuk ke Putrajaya di PRU13 nanti.

Mungkin ada guru yang akan percaya dengan retorik ini. Kebanyakkan guru tidak sebegitu mudah dan bodoh seperti pengikut taksub pembangkang yang mudah digula-gulakan dengan janji-janji manis.

Kenapa pula guru yang diberikan keutamaan oleh pembangkang dalam 10 insentif yang ditawarkan ? Adakah kerana hampir separuh dari kakitangan kerajaan adalah golongan guru...atau, pembangkang merasakan golongan ini mudah diperdayakan dengan janji yang mereka rasa cukup lumayan ? Kasihan sungguh dengan kakitangan kerajaan lain seolah tidak penting kepada pembangkang.

Secara tidak l;angsung sebenanrnya Anwar dan ketua pembangkang yang lain nyata memandang rendah dan memperbodohkan golongan pendidik untuk kepentingan politik mereka. Mereka merasakan majoriti golongan ini adalah menyokong gabungan pembangkang dan ini peluang mereka untuk menunjuk baik.

Siapakah yang menentang dasar PPSMI dimana guru juga mendapat habuan dari projek ini, bukankah pembangkang ? Akhirnya sebilangan besar guru juga akhirnya hilang insentif khas PPSMI sebanyak 5-10% dari gaji mereka.

Sewaktu Anwar menjadi Menteri Pelajaran dahulu, pernahkan guru-guru diberikan insentif khas atau projek lain untuk memartabatkan profesion ini. Dizaman beliaulah, golongan ini semakin terpinggir dalam politik UMNO apabila ahli korporat dibawa masuk dalam UMNO.

Tunaikanlah dulu janji-janji manifesto PRU12 di negeri yang Pakatan R# kuasai. Bagus juga sekiranya gaji kakitangan kerajaan negeri yang ditadbir oleh pembangkang dinaikkan dulu sebelum meraban jauh ke Putrajaya.

Hanya orang gila yang percaya orang gila.


3 comments:

  1. biasa le..tu dah ujung tahun ..cikgu dok tgh sebuk psl sekolah..ada pulak cerita sensasi..sebabnya

    1.cikgu antara teramai dlm kerajaan .umpan ke baik
    2.Serangan pd datuk najib tak menjadi.. jadi serang 2nd man pulak..kebetulan menteri pelajrn
    3.attack cikgu je..kakitgn yg lain tu tak de kepentingan..( lain tu ..dgn kata lain..pergi m.mpus le)
    4.cikgu anatara lain boleh mempengaruhi pemikiran anakx2.melentur biar dari rebung..dan tua boleh jadi macam diorng kira tak kenang jasa...strategi jangka pjg.
    5..dan byk lagi kalau nak dibahaskn..


    by aramk

    ReplyDelete
  2. tq aramk.

    Kjaan dah buat lebih dari itu utk guru secara tersirat ataupun tersurat. Kemudahan menyambungkan pelajaran peringkat ijazah yg boleh dikatakan cukup mudah berbanding kakitangan lain.

    Ustaz dan ustazah yg menganggur ditarik masuk mengajar dlm programm JQAF. Siswazah lain yg menganggur diberi pula peluang melalui KPLI dan KDC.

    Betul tu aramk, mmg byk utk dibahaskan. Biasanya, org yg tak reti bersyukur yg akan selalu kena tipu.

    ReplyDelete
  3. Cikgu kita dianggap seperti buruh industri pendidikan. Sbb itu mereka umpan sogokan hanya $500 sahaja.

    Majoriti guru di negara ini menyokong kerajaan kerana mereka menikmati kehidupan yang selesa. Pembangkang langsung tidak ada apa2 sumbangan melainkan memaki hamun kerajaan.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.