Wednesday, July 28, 2010

Tahniah Melayu PR Di Selangor



Ladang babi,arak,PKNS,YBK,IKYS,pasir dan kini...hendak mansuhkan diskaun bumiputera dalam hartanah di Selangor. Pengundi melayu yang menyokong Pakatan Pembangkang pada PRU 12 yang lalu harus berfikir dan merenung perbuatan Pakatan Pembangkang ini. Sudah banyak isu yang melibatkan orang melayu di Selangor telah diperkotak-katikkan oleh pembangkang terutamanya DAP dengan semahunya.

Pemimpin melayu dalam Pakatan Pembangkang termasuk MB hanya menjadi 'Pak Turut' dan 'Pak Kadok'. Masing-masing rela 'disembelih' asalkan mendapat kuasa yang sikit sedangkan rakyat selangor khususnya melayu dan bumiputera terus dihina.

Mereka cukup berbangga dapat berceramah memecah-belahkan melayu islam sedangkan mereka sendiri telah menjual agama dan perjuangan mereka. Biarlah puak DAP hendak menentukan dasar, pemimpin PR melayu sudah berpuashati menjadi PEMECAH UNDI melayu islam.

1 comment:

  1. Kaliduren -Memang benar apa yang dikatakan bahawa akhirnya nanti ada manusia yang akan menjual bangsa dan agamanya sendiri.Ingatlah sabda Nabi saw yang bermafhum bahawa sejahil-jahil manusia adalah mereka yang masuk ke dalam lubang kesilapan (sama) berturut-turut. Alangkah indahnya jika kita hayati dan renungkan.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.