Monday, July 26, 2010

Kerajaan Tiada Duit



Hampir seminggu keputusan PTK ( Penilaian Tahap Kecekapan ) diumumkan, namun masih ada suara-suara sumbang yang masih tidak puashati.

Dengan peraturan baru yang ditetapkan iaitu calon yang mendapat keputusan lll dalam dua peperiksaan tidak lagi layak untuk menduduki peperiksaan Tahap Kecekapan yang sama maka lagi berasap kepala guru-guru.

Guru-guru akan kekallah pada pergerakan gaji dalam gred mereka sekarang. Bagi yang Gred DG A32 kenalah memohon 32 Hakiki, dan ini berkemungkinan mereka akan memegang jawatan Penolong Kanan. Akan berhijrah pula ke sekolah lain, yang inilah menjadi masalah kepada sebilangan guru terutama guru wanita.

Ramai guru yang boleh menerima keputusan dengan hati terbuka, tetapi ada juga guru yang masih kecewa. Bagi guru yang memang suka berteori dan berpersepsi lagi-lagi tentang senario politik negara, seperti biasa mereka ini akan menjadi burung kakak tua yang setia.

Mereka mengaitkan kerajaan kini sudah tiada duit, kerana itulah ramai yang gagal dalam PTK kali ini. Mereka merancakkan lagi dengan teori dan persepsi yang lain bagi menguatkan lagi premis mereka sendiri.

Maka timbullah isu UPSR, PPSMI, gula dan lain-lain lagi yang boleh diheret bagi mengubati kekecewaan dan kemarahan mereka. Guru yang sepatutnya lebih kritis kini menjadi Guru Burung Kakak Tua. Mungkin mereka terlupa, mereka dibayar untuk menduduki peperiksaan untuk kenaikan gaji mereka sendiri bukan orang lain.

Ada juga guru yang bangga mengatakan tidak ada membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan, dan yang kelakarnya guru ini juga menyalahkan kerajaan kerana dia gagal !




4 comments:

  1. Blog ni dah macam cawangan NUTP pulak, macamana dgn Umno Perak PR13 nanti ?

    ReplyDelete
  2. dok sibuk exam je...habis bila nak tumpu pada mengajar....soalan semua soalan bodo2...tak praktikal...pastu dikhabarkan ada kuota...

    cikgu failed ptk pastu nak anak murid cemerlang..adoiii..half past six seventeen lah...

    hapuskan ptk....

    ReplyDelete
  3. Blog ini boleh jadi apa sahaja selagi ianya berkaitan dengan isu-isu politik atau yang berkaitan.

    Guru juga adalah pengundi, pemasalahan mereka yang cuba dikaitkan dengan kerajaan sememangnya akan berkait juga dengan UMNO Perak dan PRU 13 nanti.

    UMNO Perak PRU 13, semua ahli UMNO perlu bekerjasama dan bertindak dari sekarang.

    Janganlah sekolah dijadikan medan untuk berpolitik,provokasi yang akan menganggu guru-guru yang ikhlas, kritis dan tidak mudah melatah dan asyik merungut itu dan ini.

    ReplyDelete
  4. Pastiksn sapa cikgu/gi sokong tu/ini senang nak gtukar mika.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.