Wednesday, February 10, 2010

Nijar kena HEMPAP lagi



Setelah penat jerih si nijar mengembar-gemburkan keputusan mahkamah akan pasti memihaknya dengan 4 - 1...akhirnya, apa yang digempak dan diriuhkan itu menjadi beban kepada nijar sendiri.

Tak cukup dengan solat hajat yang telah dibuat, penyokong tegar nijar dengan muka tak malu solat hajat pula di kawasan mahkamah. Dengan kasut yang berterabur di hadapan mereka, dengan selamba berjemaah mengikut susun atur jubin bersaksikan tiang bendera. Pandai betul arkitek yang membina mahkamah yang bertepatan dengan kiblat.




Seperti biasa, puak PAS dan pakatan hanya mengiktiraf HASIL solat hajat dan ketentuan Allah itu semestinya berpihak kepada mereka. Jika tidak, ini semua adalah tidak adil dan bukan qada qadar. Inilah perangai orang-orang yang kononnya berasaskan agama islam sebagai perjuangan.

Tahniah kepada
Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang telah disahkan sebagai MB Perak. Dengan keputusan sebelumnya dan hari ini, nijar dan rakan-rakannya dah kena 8 - 0 !!

2 comments:

  1. Salam Saudaraku Khairudin,

    Tahniah kami ucapkan kepada semua rakyat negeri Perak begitu juga UMNO dan BN kerana menerima MB yang baru dan benar-benar mampu memimpin Perak Darul Ridzuan.

    Begitulah ketentuan Allah SWT. Dia orang punya sembahayang hajat tu Allah dah tunjukkan dan telah diperjelaskan. Ini semua kerja ALLAH SWT kita semua wajib menerimanya. Hormatilah keputusan mahkamah.

    ReplyDelete
  2. yang dok solat depan mahkamah tu apa kejadah? malukan islam saja.melayu islam kan berbudaya dan berhormat, tolak ansur, budi perkerti . meeting bawa pokok, solat tepi, jalan baring tengah jalan itu bukan budaya kita- itu budaya hindraf

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.