Thursday, August 19, 2010

UMNO Juga Yang Salah


SHAH ALAM 18 Ogos – Pakar patologi forensik dari Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand hari ini menukar pandangan dengan tidak lagi mengekalkan pendapat sebelum ini bahawa 80 peratus Teoh Beng Hock mati akibat dibunuh.

Beliau yang memberi keterangan pada inkues menyiasat kematian Setiausaha Politik Exco Selangor itu juga mengubah pandangannya tentang koyakan pada dubur dan kecederaan pada punggung yang kononnya ditusuk objek tumpul serta dipukul.

Pornthip yang berpeluang meneliti belahan pada bahagian berkenaan semasa bedah siasat kedua sebaliknya mengesahkan kecederaan tersebut disebabkan jatuh dari tempat tinggi selain tiada bukti menunjukkan Beng Hock dipukul atau diseksa sebelum dia ditemui mati.

‘‘Daripada kecederaan yang beliau alami, tidak ada bukti keterangan forensik untuk menyokong mengenai dakwaan (dipukul atau diseksa).

‘‘Saya tidak boleh beri peratusan selepas mengikuti bedah siasat kedua. Lagipun pada masa itu saya perlu yakinkan koroner agar bedah siasat kedua dibenarkan,” katanya ketika menjawab soalan peguam pemerhati bagi kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar.

Pornthip sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila memberi pandangan bahawa kemungkinan 80 peratus kematian Beng Hock kerana dibunuh manakala 20 peratus lagi akibat bunuh diri sehingga Mahkamah Koroner membenarkan bedah siasat kedua dilakukan.

Sumber - UtusanMalaysia

........................................................................................

PPUBT - Apa pula teori yang akan keluar dari burung-burung kakak tua puak pembangkang dengan keterangan terbaru Dr.Porntip ini ? Dr. ini diugut, dibayar atau apa ? UMNO juga akan dijadikan kambing hitam untuk menutup kelemahan mereka. Rakyat Malaysia yang waras tentu sudah muak dengan permainan politik pembangkang yang tak habis habis.

2 comments:

  1. Salam Tuan Blog
    terima kasih kerana jadi followers saya

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya semua blog yg pro kerajaan jadi followers sesama sendiri, ini secara tak langsung memberikan sokongan moral dan keyakinan kpd rakyat perang saraf kjaan d internet.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.