Sunday, November 1, 2009

Tutup Buku Perpaduan Mengundang Kemurkaan Allah



"PERPADUAN" DITUNTUT OLEH ISLAM-MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA PAS PUSAT MENGHALANGNYA

Hasil mesyuarat khas jawatankuasa Pas pusat baru-baru ini memutuskan untuk menutup rapat pintu perbincangan mengenai permuafakatan dan perpaduan antara UMNO-Pas pastinya menimbulkan pelbagai tanda-tanya dan tidak puas hati dikalangan rakyat khasnya masyarakat islam dan melayu yang berpandukan kepada ajaran islam sebenar.

mesyuarat khas tersebut diadakan lantaran tercetusnya polemik baru dalam kepemimpinan Pas yang terkait dengan tulisan blog Nik Aziz yang mahukan Pas dibersihkan daripada kelompok yang menyokong isu perpaduan.

Ekoran daripada itu jawatankuasa disiplin ditubuhkan untuk menyiasat kepimpinan Pas Selangor dan mana-mana pimpinan lain yang dikatakan cuba membuat persefahaman dengan UMNO. Bagi pas besarnya masalah jika islam dan kaum melayu bersatu, sehingga hasrat awalnya sampai Nik Aziz mendesak supaya EGM diadakan bagi menyinkir pemimpin kanan parti itu yang menyokong perpaduan dan diganti dengan mesyuarat jawatan khas. Persoalannya, mengapakah begitu sekali tindakan dan keputusan mesyuarat pucuk pimpinan Pas untuk menutup segala ruang dan peluang demi sebuah perpaduan? Apakah terlalu besar dosanya untuk menjalinkan persefahaman dengan UMNO yang merupakan parti terbesar mewakili Melayu-Islam? adakah jika hasrat perpaduan itu tercapai maka pas akan menanggong dosa seperti 7 dosa besar yang lain?. Atau adakah kerana kepentingan politik, pas sanggup menggadaikan prinisp agama yang jelas menekankan aspek kesatuan?

Kalau kita lihat sejak isu permuafakatan Pas-UMNO ini meletus, terlalu banyak suara sumbang dan prejudis mempersoalkan kewajaran permuafakatan tersebut, tetapi yang kita paling hairannya mereka2 ini dari golongan2 yang kononnya kuat memperjuangkan islam di negara ini. Tidak kurang juga ada yang berlagak bagaikan Tuhan seolah-olah mampu menerobos masuk jauh ke sudut hati manusia lantas mempersoalkan keikhlasan di sebalik kesedian dua parti untuk duduk berbincang.

Islam telah jelaskan kepada kita bertapa pentingnya perpaduan, kita tidak ada pilihan melainkan wajib menyokong penuh segala usaha ke arah permuafakatan dan pertautan ukhuwah sesama Islam dan ia dituntut setiap dikalangan umat islam. Ini kerana tuntutan agama jelas mengisyaratkan bahawa penilaian tahap keimanan manusia diukur berasaskan kepada sejauh mana seseorang itu memartabatkan nilai persaudaraan sesama umat Islam. Ini jelas diisyaratkan Nabi Muhammad saw dalam hadis: Tidak beriman seseorang sehinggalah dia menyintai saudaranya sebagaimana dia menyintai dirinya sendiri (Sahih Bukhari).

Sebab itulah jika kita ada berlaku pertelagahan sekalipun, adalah menjadi suatu kewajiban untuk umat Islam mencari jalan ke arah perdamaian. Firman Allah: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertawakallah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Al-Hujurat: 10)

Allah menegaskan dalam ayat ini cukup jelas mengisyaratkan peri-pentingnya membuka pintu seluas-luasnya ke arah sebarang usaha mencari titik persamaan dan permuafakatan. Sebaliknya Allah menutup pintu rapat kepada sebarang ruang perbincangan demi mencapai suatu persefahaman dan permuafakatan sesama Islam hanya akan mengundang kemurkaan Allah.

Kita merasa hairan dengan sikap segelintir pemimpin parti yang tergamak menyisih sesama islam sendiri. Lebih menjaga hati orang bukan Islam sehingga meminggirkan orang Islam yang lain. Malah lebih dasyat lagi sanggup meletakkan seribu satu dalih dan syarat yang direka-reka apabila sebut sahaja nak berbincang sesama Islam. Sebaliknya tiada pula sebarang syarat seperti itu ketika mahu duduk semeja dengan orang bukan Islam.

Sikap mengutamakan orang bukan Islam melebihi sesama Islam mengundang kemurkaan Allah sebagaimana terkandung dalam al-Quran: Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman, dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun. (Ali ‘Imran: 28).

Seorang sahabat yang juga seorang wakil rakyat pas, bila ditanya soal ini jawabnya ringkas sahaja, syarat utama untuk Pas menerima UMNO ialah mereka mesti menerima Islam ikut cara pas buat. Lalu dibacanya ayat Allah yang sering dijadikan hujah untok menolak UMNO: Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi segala hukum hakamnya) secara keseluruhan (Al-Baqarah:208).

Soalannya sekarang apakah Pas meletakkan syarat yang sama ketika mereka bersetuju untuk bersama dengan PKR dan DAP dalam membentuk kerajaan pakatan? Apakah parti-parti yang didominasi puak sekular ini menerima Islam sepenuhnya sebagaimana anjuran ayat al-Quran yang sering menjadi hujahan Pas menolak UMNO itu?

Memang mudah mengeluarkan ayat-ayat Allah untuk menjustifikasi tindakan dan perbuatan. Bahkan dalam sejarah awal pertembungan politik sesama Islam di zaman Saidina Ali dulupun tidak sedikit mereka yang menggunakan slogan berpandukan ayat Allah untuk melancarkan kempen memerangi kerajaan pimpinan Khalifah Ali Abi Talib.

Puak Khawarij secara terbuka mengangkat senjata melawan Khalifah dan menkafirkan sesama Islam dengan berkempen: Tidak ada hukum melainkan hukum Allah. Slogan ini berpandukan ayat al-Quran, sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka itu orang-orang yang kafir (Surah al-Maidah, ayat 44). Namun Sayidina Ali pantas menepis hujahan tersebut dengan kata-kata tersohornya: “Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil”.
Fenomena ini telah meresapi dan menghantui politik pas pada hari ini. Api kebencian dan permusuhan ini seringkali disemarakkan dengan nilai prejudis yang begitu mengakar di kalangan umat Islam di negara ini bahkan diseantero dunia ketika ini. Lebih mendukacitakan apabila ayat-ayat suci Allah terus digunakan sewenang2nya bagaikan senjata ampuh bagi menjustifikasi persengketaan yang langsung tidak menepati tuntutan islam yang sebenar.

Sumber - pakmie.blogspot.com

3 comments:

  1. Ini satu lagi dajal di muka bumi. Islam menganjurkan perpaduan dikalangan orang Islam, tapi PAS pusat menghalangnya..PAS ni sebenarnya perjuangankan apa???

    Hiduplah mereka dan membangun bersama DAP.

    Semoga Allah memberi hidayat kpd pemimpin PAS sebelum mereka ditimpa bala...Amin

    ReplyDelete
  2. Salam bro, benarlah apa yang diperkatakan, tetapi puak-puak PAS ini menyatakan sebaliknya.... UMNO perlu dihapuskan kerana mengamalkan 'kebangsaan' sebagai landasan perjuangan dan dianggap kafir yang perlu dihancurkan....

    ReplyDelete
  3. deme x kire semua tuh..bagi deme putus silaturrahim pun xpa..sebab deme nih COMFIRM masuk syurga....kata NIK AJIS le....

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.