Saturday, September 28, 2013

Segerakan transformasi dalam UMNO

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mesti berani melakukan transformasi menyeluruh pada parti orang Melayu terbesar negara ini agar dilihat berubah sejajar dengan tranformasi yang dilakukan oleh kerajaan.
Beliau juga disarankan agar mewujudkan pelan tranformasi khas sebagaimana dilakukan dalam kerajaan kerana UMNO sebagai parti tonggak Barisan Nasional (BN) mesti melaksanakan perkara yang sama.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu Datuk Mohd Sabri Alwi menegaskan perkara utama adalah perubahan fizikal dalam segenap lapisan kepimpinan parti meliputi sayap di peringkat Cawangan, Bahagian, Negeri dan Pusat.
Katanya, "UMNO perlu ada perubahan bermula di akar umbi, Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri kena lakukan perubahan."
Menurutnya, Najib tidak perlu memberitahu secara terperinci bagaimana hendak lakukannya, Najib telah bawa perubahan dengan pelbagai GTP, ETP dan lain-lain.
"Letihlah PM, pemimpin UMNO bahagian tidak seharusnya terlalu bodoh menilai apa yang dikehendaki oleh pucuk pimpinan. Kalau mereka (pemimpin UMNO Bahagian) merasakan mereka masih kuat tetapi semasa pilihan raya jelas telah ditolak oleh rakyat macamana mereka hendak memimpin Bahagian," tambah Sabri.
Katanya, "macamana mereka ini hendak menyakinkan rakyat dengan kepimpinan diri yang telah ditolak oleh rakyat. Macamana hendak memimpin rakyat, mungkin ahli UMNO boleh terima tetapi rakyat sukar hendak terima."
Sabri menjelaskan calon pilihan raya memerlukan rakyat, bukan ahli UMNO sahaja.
Maka, katanya, "kita perlu bawa perubahan fizikal kepada pemimpin yang belum lagi teruji dan belum pernah bertanding pilihan raya. Sedikit sebanyak rakyat akan melihat kepimpinan UMNO yang baru untuk memimpin, kita tidak hanya memberi tumpuan pada 'rakyat' UMNO semata-mata kita kena keluar dari kotak UMNO iaitu rakyat keseluruhannya."
"Kita tidak mampu menang sekiranya berharapkan pada undi-undi ahli UMNO semata-mata. Kemenangan BN baru-baru ini adalah kepercayaan rakyat atas pagar yang meyakini kepimpinan Perdana Menteri," katanya.
Sabri menegaskan bahawa pemimpin-pemimpin di peringkat bahagian hari ini tidak perlu diberitahu untuk berubah apabila mereka telah gagal semasa pilihan raya lalu, tidak perlu mendapat 'signal' dari sesiapa pun tetapi perlu 'signal' dan muhasabah pada diri sendiri supaya memberi peluang pada orang lain pula memimpin.
Beliau juga mahu semua pihak perlu ada keyakinan pada pemimpin yang sentiasa berubah kerana UMNO sudah bawa perubahan terutama perlembagaannya.
Menurutnya, aktiviti dalaman UMNO tidak berubah, kedudukan UMNO masih tidak berubah, UMNO masih kekal seperti dahulu lagi. Najib tidak mampu mengubah diperingkat akar umbi kecuali akar umbi sendiri kena mengubah, perlu diberi kesedaran untuk berubah dan kena sedar.
Kata Sabri, "Najib kena tegas sebagaimana katanya untuk bawa perubahan dari sudut 'winnerable candidate' tetapi suara-suara di bawah beranggapan Najib masih gagal menang sebagaimana yang dikehendaki iaitu dua pertiga kerusi Dewan Rakyat dan ketepatan memilih calon 'winnerable'."
"Mentaliti ahli UMNO di peringkat akar umbi kena berubah demi kelangsungan BN pada PRU14 nanti. Kita kena berani mengotakan apa yang kita cakap dengan mengubah barisan kepimpinan yang telah gagal membawa pencapaian dan kejayaan pada parti"
"Pucuk pimpinan perlu memainkan tugas dan tanggungjawab untuk mencorakkan barisan kepimpinan yang mantap dan bertenaga kerana ahli di akar umbi adalah sebagai pengikut," tambah Sabri yang juga bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu.
Menurutnya, UMNO mesti memberi peluang kepada cerdik pandai seperti doktor, guru, profesor, akitek, ustaz, golongan profesional dan lain-lain untuk menyumbang dalam UMNO dari peringkat cawangan lagi.
"Mereka juga boleh dilantik sebagai ahli jawatankuasa tambahan di peringkat Bahagian untuk giat aktif membawa perubahan pada UMNO sekaligus membuka mata serta minda rakyat bahawa UMNO disertai oleh golongan terpelajar dan berilmu," kata Sabri.
"Apabila keadaan ini berlaku, katanya, "secara tidak langsung ahli keluarga golongan itu akan bercakap tentang penerimaan UMNO dan gelombang ini perlu dilakukan dengan suatu proses dalaman UMNO. Perubahan ini wajib dilakukan secara menyeluruh melibatkan semua sayap parti pada peringkat Cawangan, Bahagian, Negeri dan Pusat. Kejayaan yang dicapai oleh kerajaan melalui pelbagai usaha tranformasi mesti diikuti oleh parti UMNO yang menjadi tunggak dalam BN."
"Najib buat perubahan, Tan Sri Muhyiddin buat perubahan tetapi Bahagian-Bahagian UMNO lain tidak lakukan perubahan, kesian Najib (Datuk Seri). Hasrat Presiden UMNO pada 
pembangunan, pentadbiran negara dan macam-macam transformasi telah dilakukan. Bila kerajaan kita berjaya membawa perubahan maka parti yang mendukungnya mesti membawa perubahan, UMNO perlu  bawa perubahan kerana UMNO parti tunggak." ujarnya.
-20/6/2013 OLEH LUKMAN ABDULLAH
Sumber - Agendadaily

Monday, April 29, 2013

Hanya Layak Di Zoo


Dengan tabiat pemimpin dan pengikut tegar PAK KHATAN nyata bercanggah dengan Prinsip Rukun Negara yang kedua iaitu Kesetiaan kepada Raja dan negara. Ke hulu hilir ke luar negara memburuk-burukkan negara sendiri. Jalur Gemilang pun dijadikan isu sampai mahu menukarkkannya dengan yang baru kalau memerintah. Mungkin Malaysia ini pun akan ditukar menjadi sebuah negara republik. Dewan Undangan Negeri serta Parlimen dipermain-mainkan. Tindakan seperti binatang di zoo. Tiada kredibiliti sebagai pemimpin, selama 5 tahun duduk di kerusi DUN dan Parlimen masih tak mampu mematangkan minda dan cara pemimpin pembangkang berpolitik.

Wednesday, February 27, 2013

Bangkang Dari Longkang

Setakat menanam tebu di tepi bibir, modal air liur siapa pun boleh. Janji-janji 2008 pun masih tak tertunai, plaza tol jambatan Pulau Pinang masih lagi tersergam mengutip tol. Kasihan rakyat Pulau Pinang kena kencing knonnya tol tersebut akan dihapuskan. Selangor, Kelantan dan Kedah masih menunggu buah yang tak gugur atas janji-janji manis manifesto Pakatan Rakus 2008. Bila dituntut kena herdik dan kata manifesto bukan janji, kalau bagitu baik tak payah buat manifesto untuk PRU 13. Moralnya disini, belajarlah dari Kerajaan BN yang lebih realistik dan berpijak di bumi nyata apabila membuat manifesto.